BERHATI HATI DENGAN NOMBOR  TEL 07 2212022

BERHATI HATI DENGAN NOMBOR
TEL 07 2212022 dan minta semua orang save nombor ini sebagai scammer / no tipu.

Pagi tadi sya ada dpt panggilan dari nombor tersebut dan cakap sya ada hutang kad kredit dengan pihak CIMB sebanyak RM 36517.93 sen. sedangkan saya x ada credit card langsung dengan mana mana bank.

Nombor 072212022 tu mengaku dia buat panggilan dari mahkamah tinggi Johor.. dan saya dah call pihak TM dan diorang ckp mmg nom tu dari mahkamah tinggi johor.

Lepas tu saya call pihak cimb pula untuk pengesahan.. dan memang saya x ada kad kredit dengan cimb dan memang 2, 3 hari ni banyak kes baru tentang fraud / scammer yang minta mangsa untuk buat pembayaran dan bayar ke akaun scammer, sebab pihak cimb sendiri mengaku dah dapat report untuk kes ini dari ramai orang dan dari nombor tersebut.

Well im one of the victims.. cuma nak pesan pada saudara mara dan sahabat handai semua jangan mudah kita bagi details kita pada nombor yang x dikenali dan suspicious ..

Cek dulu dengan pihak berkenaan kesahihan tentang kesalahan atau hutang yang kita ade dan baru buat tindakan.

Nasib baik sempat rekod perbualan tadi .. x caya try dengar recording kronologi kes ni ..

Video 1 : panggilan dari scammer a.k.a mahkamah tinggi johore,

Video 2 : panggilan ke pihak TM

video 3 : panggilan ke pihak CIMB

Conclusion nya .. bila saya cakap si scammer tu ( nama Liam ) adalah scammer terus dia mengaku dia scammer dan bila sya call balik terus ” user is busy ”

Berhati hati semua .. mungkin anda adalah mangsa seterusnya yg dia sedang call itu.. sebab tu dia tengah engage ..

dah la nak raya Haji ni.. duit tu p Shopping lagi bagus..

PLEASE SHARE this video supaya x ada org yg terkena dan melayang RM 36517.93 tak pasal2.

( Credit tu fb : juann chemara )

You May Also Like